Tuesday, December 22, 2009

LAIN-LAIN MAKLUMAT DAN PANDUAN:


Semua Jurunikah/Kadhi mempunyai tauliah dari Majlis Agama Islam Songkhla dan di iktiraf oleh Jabatan Agama Islam di Malaysia.
Urusan Pernikahan menggunakan Wali Hakim
Dua orang saksi di sediakan.
Pakaian  Bebas.
Dimajlis akad nikah pakaian hendaklah sopan dan bersesuaian dengan majlis. Bilik persalinan disediakan.
Jika anda dari KL adalah dinasihatkan supaya datang dengan bas lewat malam dan sampai di Kangar lebih kurang jam 6.00 atau 6.40 pagi. Jangan ambil bas yang sampai jam 4.00 atau 5.00 pagi kerana anda terpaksa menunggu lama sebelum bertolak. Saya akan datang mengambil anda ke pejabat saya sementara menunggu kenderaan yang akan membawa kita ke Thailand.
Setelah anda sampai pastikan anda bersarapan pagi di gerai dalam kawasan pasar atau gerai berhampiran setesen bas ekspress atau di restoran sekitar pejabat saya.
Sekiranya anda perlu mandi atau membersihkan diri anda, saya akan membawa anda ke Masjid  Alwi, Kangar (berhampiran dengan pejabat saya).

Untuk membolehkan semua urusan akad nikah dan pengesahan dokumen pada hari yang sama anda dinasihatkan supaya mengaturkan tarikh perkahwinan  hanya pada hari Isnin hingga Khamis sahaja.

Hari Sabtu dan Ahad dan Kelepasan Am Malaysia dan Thailand hanya akad nikah sahaja boleh dilaksanakan. Urusan pengesahan Majlis Agama Islam dan Konsul Malaysia tidak dapat diuruskan pada hari yang sama dan terpaksa menunggu dalam tempoh satu atau dua minggu. 

Jika anda hendak berbelanja makan minum dan membeli belah di Hatyai atau Songkhla - Tukar Wang Malaysia kepada Baht Thailand.
Jika hendak berbelanja makan minum dan beli belah di Dannok (Pekan bersempadan dengan Bukit Kayu Hitam) boleh guna duit RM Malaysia..

Sekiranya anda masih ragu-ragu berkenaan tauliah kadhi anda boleh telefon terus pejabat Majlis Agama Islam Songkhla.  Anda boleh telefon bahagian Akademik dan Perhubungan Luar dan bertanya sendiri Yang Dipertua MAIS Wilayah Songkhla iaitu Tuan  Hj. Zakaria bin Saleh (074-580707). Anda boleh juga menhubungi Puan Rosminah Jemadi Pegawai Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla (074-311062).
Keputusan ditangan anda.  Buatlah pilihan yang bijak. Saya hanya sekadar membantu mereka yang memerlukan perkhidmatan ini.